HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Kembali Rekod Penurunan Angka Jangkitan

COVID-19 : Sabah Kembali Rekod Penurunan Angka Jangkitan

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan penurunan angka kes jangkitan COVID-19 dengan jumlah yang dilaporkan adalah sebanyak 596 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 173 berbanding semalam.

“Kes-kes jangkitan baharu menurun di 21 daripada 27 daerah di Sabah. Kecuali Penampang yang menambah empat kes berbanding jumlah semalam.

“Daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort dan Putatan merekodkan penyusutan kes-kes baharu.

“Lima daerah mencatatkan peningkatan kes baharu tetapi pada skala yang kecil dan satu daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Semporna dan Kunak tidak mencatatkan sebarang kes baharu manakala peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 66 peratus.

Katanya, sebanyak 581 atau 97.48 peratus daripada 596 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3 dan 10 kes dalam Kategori 4.

“Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori 5 hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, dua lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau dan Kluster Loboh Nabawan di Nabawan. Setakat hari ini baki kluster yang masih aktif di Sabah ialah 19 kluster.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya