HomeUtamaDUN Sabah : Sabah Capai Perkongsian Hasil, Penyertaan,Penguasaan Lebih Besar Menerusi CCA

DUN Sabah : Sabah Capai Perkongsian Hasil, Penyertaan,Penguasaan Lebih Besar Menerusi CCA

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU :  Sabah akan mencapai perkongsian hasil, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas secara komersial di negeri ini menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS.

Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia sekaligus akan memastikan Sabah dapat mengekalkan hal perundangannya.

Katanya, Sabah turut diberi peluang tinggi dalam industri minyak dan gas melalui aktviti huluan, LNG dan hiliran.

“Ini menunjukkan syarikat-syarikat milik tempatan yang terlibat dalam industry minyak dan gas diberi peluang untuk menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut.

“Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya juga diberi peluang untuk menyertai peratus pegangan saham yang lebih tinggi bagi memastikan keuntungan industri minyak dan gas dapat memberi pulangan atau hasil yang tinggi kepada kerajaan negeri.

“Ini juga seterusnya akan dapat dinikmati oleh rakyat melalui perancangan pembangunan negeri yang akan merancakkan aktiviti ekonomi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohamaddin Ketapi (Bersatu- Segama) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, pihak PETRONAS juga akan terus komited untuk membayar cukai royalti minyak dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas.

Katanya, CCA juga memberi hak kepada Sabah dalam industri minyak dan gas untuk memuahkan kerjasama komersial dengan anak syarikat kerajaan negeri.

“Berdasarkan ringakasan intipati perjanjian tersebut, maka dapat disimpulkan kerajaan negeri mendapat manfaat dalam peluang untuk menyertai lebih banyak aktiviti minyak dan gas di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular