HomeUtamaDUN Sabah : Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 Dibuat Sebelum Naiktaraf Status...

DUN Sabah : Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 Dibuat Sebelum Naiktaraf Status ‘Bandaraya’ Sandakan

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 akan dilaksanakan sebelum menaik taraf status Sandakan sebagai sebuah bandar raya.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, pindaan bagi ordinan itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.

“Pindaan-pindaan yang perlu kepada Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 untuk tujuan menaik taraf tersebut akan dibentangkan dalam sidang DUN ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Poon Ming Fung @ Frankie (DAP- Tanjong Papat pada persidangan DUN Sabah disini hari ini.

Isnin berkata, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Sandakan turut mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.

“Pelan Tindakan Ke Arah Bandaraya telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Ini bagi memastikan pelaksanaan ke arah Bandaraya kelak dapat dilaksanakan secara teratur dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Aktiviti Pendataan Digital pendatang asing masih dilaksanakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya