DUN Sabah: Sabah Sasar Terima RM1.14 Bilion Menerusi Terimaan, Sumbangan Tahunan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menganggarkan akan menerima sebanyak RM1.14 bilion menerusi terimaan dan sumbangan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun ini.

Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya berkata, Kerajaan Negeri turut menerima sebanyak  RM2.22 bilion menerusi terimaan dan sumbangan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh dua tahun yang lalu.

Katanya, bagi tahun 2020, sebanyak RM1.13 bilion diterima diterima Kerajaan Negeri manakala sebanyak RM1.09 bilion lagi diterima bagi tahun 2021.

“Antara terimaan dan sumbangan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan adalah terdiri daripada pemebrian mengikut kiraan kepala; pemberian khas; pemberian pertambahan hasil (bahagian pertama) dan pemberian untuk menggantikan duti import/eksais ke atas Petroleum.

“Selain itu, sumbangan kepada kos pelaksanaan projek pembangunan persekutuan dan pemberian bagi jabatan-jabatan di bawah senarai bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Amisah Yassin (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jasni berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberi sumbangan tahunan untuk pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus Lembaga Muzium; pemberian sumbangan bagi membiayai perbelanjaan mengurus Perpustakaan negeri.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut menerima sumbangan bagi pemberian pelancongan; geran tahap pembangunan ekonomi, infrastuktur dan kesejahteraan hidup (TAHAP) dan pemberian penyelenggaran jalan negeri (MARRIS),” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *