Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan khas MUIS kepada KIR mangsa kebakaran Kg. Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau daripada Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Datuk Arifin Mohd Arif (tiga dari kanan).

Tabung Zakat MUIS Serah Sumbangan RM290,000 Bantu Mangsa Kebakaran Kg.Kurnia Jaya,Tawau

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan khas sebanyak RM290,000 daripada Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran.

Seramai 580 KIR mangsa kebakaran kampung itu masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Sumbangan khas ini diharap dapat membantu KIR mangsa kebakaran Kg.Kurnia Jaya, Tawau,” kata Hajiji.

Turut hadir Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan khas MUIS kepada KIR mangsa kebakaran Kg. Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau daripada Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Datuk Arifin Mohd Arif (tiga dari kanan).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.