Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay (kiri) berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa kunjungan hormat pada Selasa.

Perdagangan Dua Hala Sabah – Britain Dibincangkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Perdagangan dua hala menjadi agenda utama ketika Pesuruhjaya Tinggi British, TYT Charles Hay bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Selain hubungan perdagangan, Hay turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai projek sosial yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tinggi British di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sabah.

Dalam pertemuan itu juga, Hajiji turut memberitahu Hay tentang Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) inisiatif pelaburan serta program penanaman semula hutan negeri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *