HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Lindungi Alam Sekitar , Hutan...

DUN Sabah : Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Lindungi Alam Sekitar , Hutan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurus dan melindungi alam sekitar termasuk hutan di Negeri Sabah.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, ini termasuklah menerima pakai Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada tahun 2017 dan seterusnya meluluskan  pemakaian Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada 9 Oktober 2019.

Katanya, dasar dan pelan tindakan tersebut menggariskan sebanyak 83 strategi dan 195 tindakan, yang mana 19 strategi dan 30 tindakan bertujuan melindungi kawasan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Hidupan Liar dan Taman-Taman Sabah menjalankan pelbagai program dan aktiviti bertujuan untuk meminimakan pencemaran alam sekitar serta melindungi kawasan hutan di Sabah mengikut perundangan yang dikuatkuasakan.

“Kawasan perhutanan ditadbir urus berpandukan kepada Enakmen Perhutanan 1968 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, dari aspek perundangan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menguatkuasakan Perintah Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2005.

Katanya, perintah itu menghendaki keperluan pengemukaan dan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar bagi kawasan pembalakan atau pemajuan ladang hutan dengan keluasan 100 hektar atau lebih.

“Kawasan pembalakan atau pemajuan ladang yang telah memperoleh kelulusan Laporan PMM atau Laporan EIA, akan dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat alam sekitar merangkumi perlindungan kawasan cerun, perlindungan tadahan air, perlindungan kawasan sungai, perlindungan flora dan fauna, kawalan bahan minyak dan kawalan sisa biomas. 

“Kegagalan mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang ditetapkan akan menyebabkan pemaju projek boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, atau dikenakan kompaun sebanyak 50 peratus amaun denda bagi kesalahan tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular