HomeUtamaDUN Sabah : PPS Komuniti Perlu Diwujudkan Bantu Mangsa Banjir Terputus Hubungan

DUN Sabah : PPS Komuniti Perlu Diwujudkan Bantu Mangsa Banjir Terputus Hubungan

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan perlu mewujudkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Komuniti bagi membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Beaufort bagi membantu mangsa terjejas banjir dan terputus hubungan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, jarak kampung yang jauh selain kekurangan anggota kerja dan jentera yang membantu memindahkan penduduk turut menyebabkan proses penyelamatan dan pemindahan mangsa mengambil masa lama.

“Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar PPS Komuniti di dewan-dewan sedia ada diwujudkan di DUN Lumadan  melibatkan beberapa buah kampung yang sering terputus hubungan seperti di Kampung Lumadan, Kampung Suasa, Kampung Bukau dan Kampung Bangkalalak.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana telah melaksanakan pembersihan sepanjang 3.5km daripada 10.5km di Sungai Api-Api, Kg Tamalang Along Bukau dan kawasan – kawasan yang lain pada tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar kerajaan di Persidangan DUN Sabah disini hari ini.

Ruslan berkata, usaha itu telah memberi kesan positif di mana air banjir lebih cepat surut dan dapat melancarkan aliran air banjir di kawasan – kawasan yang sering terjejas pada 2021.

Katanya, beliau turut memohon agar pembersihan sungai Api – Api disambung daripada yang telah dibersihkan iaitu sepanjang 7.0 km.

“Sistem perparitan dan saliran di sungai ini dan sungai – sungai lain juga perlu diselanggarakan sekurang – kurangnya sekali setahun bagi mengurangkan kesan banjir.

“Kedudukan kawasan penempatan penduduk di DUN Lumadan yang tertumpu di sepanjang hiliran Sungai Padas menyebabkan 80 peratus daripada kawasan-kawasan kampung dalam DUN Lumadan mengalami risiko banjir apabila air sungai Padas melimpah.

“Oleh itu, saya mencadangkan juga agar satu lencongan lagi dibina untuk mengurangkan masalah banjir, contohnya dari Terusan Suasa-Nabahan ke Sungai Mambangan terus ke dasar laut melibatkan pembinaan lencongan sepanjang enam kilometer” katanya.

Katanya, menerusi inisiatif itu ianya akan mengurangkan risiko banjir dan tempoh pembinaan adalah lebih kurang satu hingga dua tahun dengan kadar yang rendah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya