HomeUtamaSabah Catat Kes Kebankrapan Yang Rendah

Sabah Catat Kes Kebankrapan Yang Rendah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Lebih 12,000 kes kebankrapan telah direkodkan di Sabah menjadikan negeri ini mencatat jumlah kes yang rendah berbanding negeri lain.

Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Datuk Anita Harun berkata,  jumlah itu adalah sebahagian daripada lebih kurang 294,000 kes di seluruh negara.

“Kebanyakan kebankrapan di negeri ini melibatkan golongan lelaki berumur 40 tahun ke atas dan sebab utama kebankrapan adalah hutang pinjaman peribadi,” katanya

Oleh itu, Anita menyeru individu bankrap agar hadir ke pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mencari penyelesaian.

“Mana-mana individu bankrap untuk datang ke pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia dan kita akan cuba membantu mencari penyelesaian kes kebankrapan,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini semalam.

Menurutnya, tujuan kunjungan hormat tersebut antara lain untuk menerangkan kepada Tun Juhar berhubung transformasi kerangka perundangan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) terutama pada masa pandemik COVID-19 berhubung dengan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan yang dinaikkan daripada RM50 ribu kepada RM100 ribu.

“Penambahbaikan ini telah berkuatkuasa lebih kurang setahun dan setakat ini kes kebankrapan adalah kurang disebabkan tempoh moratorium yang panjang diberikan ketika pandemik,” katanya.

Turut hadir, Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Sri Ramli Yusuff, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, Mohd Nazri Omran, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Insolvensi, Siti Noor Harlina Ab Malek dan Pegawai Insolvensi, Rezuanlly Asmari.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya