HomeIsu tempatanSahut Cabaran Hasil Inovasi Dalam Rekaan - Bruno

Sahut Cabaran Hasil Inovasi Dalam Rekaan – Bruno

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Mencari pekerjaan mengikut bidang pengajian adalah idaman setiap orang, namun tidak bagi graduan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti, Bruno George Sadiwa, 34, berasal dari Inanam.

Minatnya yang mendalam terhadap rekaan tersebut sejak berusia 15 tahun, membuatkan dia sentiasa berusaha merebut peluang menyertai program kesenian ketika berada di universiti. 

Ujar Bruno, rekaan pada baju tradisi yang hampir sama menjadi titik mula untuk dia menyahut cabaran dalam menghasilkan inovasi serta variasi dalam rekaannya.

Bagaimanapun, hasil kerja kerasnya, karier Bruno sebagai pereka mula membuahkan hasil apabila berpeluang membuat rekaan kombinasi tradisi dan kontemporari untuk Unduk Ngadau Tambunan pada tahun  2013 dalam pertandingan peringkat negeri.

Pada tahun 2021, beliau diberi kepercayaan untuk menghasilkan Sigah atau Sigar bagi juara Mr Kaamatan Negeri Sabah yang diperbuat daripada kain dastar, syiling emas dan 1,500 kristal yang disiapkannya dalam tempoh hampir dua bulan.

“Pengiktirafan daripada pihak kerajaan bagi pereka muda perlu diketengahkan bagi memastikan industri seni reka bentuk atau fesyen terus berkembang bukan sahaja di peringkat negeri, malah di seluruh dunia.

“Saya percaya, industri ini boleh menjadi lebih hebat dan menjadi pilihan generasi muda sebagai sumber pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara pada masa akan datang,” ujarnya.

Mengulas mengenai cabaran dalam fasa pandemik Covid-19, Bruno mempromosikan hasil rekaannya secara atas talian dan turut mendapat tempahan daripada pelanggan tetap serta pelanggan baharu yang mendapat rekomendasi mengenainya.

Sejak menceburi bidang rekaan baju tradisi, kini Bruno berjaya menempah nama dalam beberapa pertandingan seperti 1st Runner Up Mister Borneo Hornbill Festival 2019 dan Winner Best National Costume , Miss Crocker Range Best 2019.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya