HomeUtamaDUN Sabah : Usaha penambahbaikan pastikan bayaran elaun JPKK diselesaikan

DUN Sabah : Usaha penambahbaikan pastikan bayaran elaun JPKK diselesaikan

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan bayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diselesaikan tepat pada masanya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, pihaknya sedia maklum terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Berhubung kelewatan bayaran elaun JPKK, mohon maklum bahawa Kementerian saya sedar, terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Usaha-usaha penambahbaikan sedang dibuat dengan serius. Insya Allah, isu-isu yang timbul akan diminimakan dan diselesaikan seterusnya bayaran akan dapat dibuat tepat pada masa yang ditetapkan apabila sistem yang dirancang dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Jahid berkata. KPLB Sabah akan terus memperkasa dan memantapkan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan di luar bandar.

Katanya, pelaksanaan itu adalah melalui program-program pembangunan sedia ada di kementeriannya.

“Seiring dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk mencapai miskin tegar sifar, pada tahun 2025 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kementerian saya menyambut baik usaha tersebut.

“Sebagai pelengkap kepada usaha-usaha untuk mencapai sasaran tersebut, selain menambah baik program yang ada, Kementerian saya akan fokus kepada mempelbagaikan program untuk meneroka inisiatif baharu,”katanya.

Katanya, antara program yang dilaksanakan adalah pembinaan dan memperkasakan aktiviti penternakan burung walit yang merupakan Program Usahawan Luar Bandar serta Aktiviti Ekonomi Tambahan.

Menurunya, di samping itu, aktiviti tanaman sacha inchi juga akan digalakkan kerana ianya merupakan bidang pertanian amat mudah tanpa memerlukan kos tinggi dan kepakaran khusus.

“Tetapi ianya memberi pulangan pendapatan dalam tempoh singkat kepada penduduk luar bandar yang menceburi dalam bidang pertanian ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular