HomeUtamaDUN Sabah : KePKAS yakin pengusaha pelancongan sedia terima pelancong domestik, luar...

DUN Sabah : KePKAS yakin pengusaha pelancongan sedia terima pelancong domestik, luar negara

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) yakin para pengusaha pelancongan di negeri ini sedia untuk menerima kedatangan para pelancong apabila pintu sempadan negara dibuka 1 April ini.

Menterinya Datuk Jafry Arifin berkata, kesediaan pengusaha juga diyakini mampu mengadaptasi mengadaptasi norma dan prosedur standard operasi yang baharu.

Katanya, kementeriannya juga akan terus komited memberikan dan memperkenalkan pakej-pakej rangsangan pada tahun ini serta melaksanakan strategi-strategi pemasaran yang komprehensif.

“Sungguhpun pintu sempadan ditutup, Kementerian saya tetap mengatur strategi yang memfokuskan usaha perkongsian pintar bersama syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan pejabat-pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di luar negara.

“Ianya adalah untuk memaksimumkan sumber demi mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk mempromosikan Sabah dan menarik kedatangan pelawat apabila pelancongan antarabangsa sudah dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, Malaysia Airport Berhad bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Malaysia Electronic Government (MyEG) akan mengadakan simulasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) esok.

Katanya, turut serta dalam simulasi itu adalah para pemain industri pelancongan negeri.

“Simulasi ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap protokol keselamatan dapat diadaptasi bagi persediaan pembukaan pintu sempadan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular