HomeUtamaDUN Sabah : KSTI Rancang Tubuh Universiti Teknikal

DUN Sabah : KSTI Rancang Tubuh Universiti Teknikal

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal di Sabah dengan kerjasama pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, cadangan menubuhkan universiti itu akan dilaksanakan di lokasi yang tertakluk kepada dapatan dripada kajian kemungkinan.

“Pihak KSTI telah mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan MARA dan setakat ini mendapat respon yang positif.

“Universiti Teknikal ini bakal menerajui bidang-bidang latihan teknikal dan perdagangan yang bertaraf global dan lebih dinamik untuk memenuhi keperluan industri semasa selaras dengan Sabah Human Capital Development Blueprint, 2021 – 2035,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Yakub berkata, Sabah mesti memiliki ‘Talent Pool’ yang mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang bagi menyokong keperluan pembangunan dan industri, khususnya industri yang menerapkan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Dalam pada itu, Yakub berkata, penyediaan rangkaian 5G akan bermula pada suku ke-dua 2022 yang melibatkan sebanyak 296 lokasi di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

Katanya, perluasan ke kawasan lain di Sabah akan dibuat secara berperingkat.

“Walau bagaimanapun, ketersediaan perkhidmatan 5G bagi kegunaan perusahaan (enterprise use) boleh diawalkan sekiranya terdapat permintaan bagi kes kegunaan tertentu pada kawasan yang telah dikenalpasti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya