HomeUtamaJawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah Digesa Terus Proaktif Cari Tarikan Pelancong Baharu

Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah Digesa Terus Proaktif Cari Tarikan Pelancong Baharu

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menggesa semua Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah supaya terus proaktif dalam mencari tarikan pelancongan baharu.

Pembantu Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, jawatankuasa di 27 daerah perlu terus mengenal pasti tarikan pelancong berpotensi dan memaklumkan kepada pihak Kementerian agar langkah boleh diambil untuk merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

“Kita memerlukan lebih banyak tarikan pelancongan agar mempunyai daya saing dan Sabah dikurniakan banyak tarikan, terutamanya di kawasan luar bandar yang menjadi permata pelancongan.

“Jadi, kita sentiasa bersedia untuk mendengar (cadangan) bukan sahaja daripada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga daripada Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah,” katanya semasa sesi soal jawab persidangan DUN Sabah, pada Rabu.

Joniston menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Justin Wong (Sri Tanjong) sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk meneroka lebih banyak tapak pelancongan di Tawau.

Beliau juga mengambil maklum cadangan Justin untuk mewujudkan Pusat Informasi Pelancong di Lapangan Terbang Tawau.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti perkara itu sekiranya ada keperluan memandangkan Tawau merupakan pintu masuk ke Semporna dan destinasi selam skuba yang popular di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya