HomeUtamaDUN Sabah : Rancangan jangka pendek, panjang pacu pembangunan wanita Sabah

DUN Sabah : Rancangan jangka pendek, panjang pacu pembangunan wanita Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Hal Ehwal Wanita(JHEWA) telah merangka perancangan jangka pendek dan panjang selaras dengan peranan Kementerian dalam memacu pembangunan wanita di Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Julita Majungki berkata, satu platform untuk memartabatkan dan memperkasakan golongan wanita melalui Kementerian adalah dengan mewujudkan satu Akademi Kepimpinan Wanita.

Katanya, hasrat Akademi Kepimpinan Wanita ialah melahirkan pemimpin-pemimpin dan pembuat keputusan dalam polisi Kerajaan untuk menjaga kepentingan wanita dan masyarakat dalam pembangunan serta kemajuan wanita di Negeri Sabah seiring dengan aspirasi, dasar dan halatuju Kerajaan.

“Untuk perancangan jangka masa pendek, Kementerian ini melalui JHEWA telah menitikberatkan tiga program utama berimpak tinggi untuk Pembangunan Ibu Tunggal, Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa (WOS) dan juga Program Pembangunan Gender.

“Program Pembangunan Ibu Tunggal memfokuskan kepada program-program yang boleh menambah kemahiran dan peluang keusahawan kepada para peserta yang mengikuti program.

“Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa (WOS) pula adalah lebih kepada program yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita akan kepentingan terhadap kemahiran kepimpinan dan wanita diperingkat pembuat keputusan.

“Program Pembangunan Gender merupakan program yang memberi fokus kepada program yang melatih para peserta untuk menjadi pelatih yang peka terhadap isu gender dengan kepakaran khusus dalam bidang tersebut. Program ini memberi kesedaran kepada para peserta terhadap keperluan menyeluruh (inklusif) semua golongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said (BN-Usukan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Julita berkata, melalui program-program itu akan berupaya melahirkan usahawan-usahawan dari kalangan ibu-ibu tunggal, peningkatan peratusan keterlibatan wanita dalam pembuat keputusan diperingkat yang lebih tinggi, dan kesedaran kepekaan Gender yang lebih meluas.

Katanya, bagi perancangan jangka masa panjang pula, pihaknya akan memastikan pemerkasaan wanita melalui Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah.

“Akademi Kepimpinan Wanita diterajui oleh JHEWA akan terus komited dalam memartabatkan dan memperkasakan wanita dalam kepimpinan Korporat, Komuniti, Politik dan Pemimpin Muda,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

G57 sambut baik kenyataan Zahid agar pimpinan & ahli UMNO tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular