HomeUtamaDUN Sabah : Sabah Tegas Tidak Iktiraf Tuntutan Kesultanan Sulu

DUN Sabah : Sabah Tegas Tidak Iktiraf Tuntutan Kesultanan Sulu

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah tegas dengan pendirian tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat negeri ini sepakat membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk sebuah negara yang berdaulat.

“Berhubung isu pengiktirafan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah.

“Rakyat negeri ini telahpun membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk sebuah negara Malaysia berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu yang dibangkitkan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) pada sesi ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Sebelum ini, Wisma Putra dan Peguam Negara Persekutuan dalam satu kenyataan bersama telah berkata bahawa Malaysia menolak perintah mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar kira-kira RM63 bilion kepada keturunan Kesultanan Sulu.

Penimbang tara, Gonzalo Stampa, memutuskan pada 28 Februari bahawa Malaysia melanggar 1878 perjanjian antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil dari Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir Sabah sekarang.

“Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan kerana Malaysia sentiasa mempertahankan dan tidak pernah mengenepikan imuniti berdaulat sebagai Negara yang berdaulat,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular