HomeUtamaPelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan jadi panduan transformasi ladang hutan di Sabah

Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan jadi panduan transformasi ladang hutan di Sabah

Read Time:2 Minute, 17 Second

TUARAN: Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036 (Action Plan On Forest Plantation Development 2022 – 2036) yang dirangka Jabatan Perhutanan Sabah akan dijadikan sebagai panduan dalam mentransformasikan ladang hutan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu akan menjadi pelan tindakan pembangunan ladang hutan bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar penerangan mengenai hutan simpan bakau sulaman lake sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

“Ini adalah tindakan strategik dan penentu untuk mengubah ladang hutan kita ke arah mencapai penggunaan tanah yang mampan untuk mengukuhkan tanaman hasil kayu di Sabah.

“Pelan tindakan ini memberi panduan dalam pembangunan ladang hutan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2025) dan Dasar Hutan Sabah 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 peringkat negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake disini hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menanam pokok sebagai simbolik sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu dan Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan.

Hajiji berkata, beliau berharap menjelang tahun 2035, sasaran 400,000 hektar ladang hutan dan keupayaan kapasiti pengeluaran sekurang-kurangnya enam juta meter padu setahun akan tercapai.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, sejumlah 23,850 hektar penanaman telah ditetapkan kepada 18 buah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) pada tahun ini.

“Pencapaian sasaran ini bagaimana pun memerlukan komitmen padu pemain sedia ada, dan pelaburan baharu.

“Justeru, saya menggesa kepada semua pemegang lesen SFMLA untuk kekal komited dan berusaha gigih dalam  mencapai sasaran bagi kawasan masing-masing,” katanya.

Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan buku Action Plan on Forest Plantation Development (2022-2036) kepada Presiden Timber Association of Sabah (TAS), Norman Wong (kiri) sempena pelancaran Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, Tuaran di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut berasa bangga kerana negeri Sabah berjaya melakar kejayaan signifikan dalam mendahului rekod pencapaian penanaman pokok di seluruh Malaysia menerusi Kempen Penghijauan Negara melalui Penanaman 100 Juta Pokok, pada suku pertama tahun ini.

“Saya berharap rekod ini dapat dikekalkan dan seterusnya Sabah dapat mencapai sasaran penanaman 8 juta pokok pada tahun ini.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Sabah, terutamanya para hadirin sekalian untuk sama-sama menggiatkan inisiatif ini di kawasan masing-masing,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular