HomeUtamaK-KOMM tawar 400,000 peranti kepada pelajar B40

K-KOMM tawar 400,000 peranti kepada pelajar B40

Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN :   Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) semalam mengumumkan bantuan 400,000 peranti kepada pelajar golongan B40.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata,  bantuan dengan peruntukan RM450 juta itu bakal dilaksanakan oleh unit khusus yang baharu diwujudkan di K-KOMM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

“Bantuan pelajar B40 ini melibatkan seramai 350,000 hingga 400,000 dengan jumlah peruntukan RM450 juta pada tahun ini sahaja,” katanya.

Menurut beliau, peranti itu akan mula diagihkan selewat-lewatnya Jun ini bagi fasa pertama, diikuti fasa kedua dan fasa ketiga pada tahun ini menggunakan kaedah yang terbaik.

“Kita akan membuka permohonan secara atas talian dahulu, banyak urusan perlu diselaraskan sebaiknya kerana ia melibatkan jumlah ratusan ribu pelajar.

“Saya pula tidak mahu proses mengambil masa yang terlalu lama, jadi kita bagi masa perolehan untuk mendapatkan bekalan tablet dan dengan jumlah itu ia bukannya mudah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Program Santai YB MenKOMM Bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Daerah Sandakan di Dewan Taman Harmoni Sandakan.

Annuar yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Sabah, tiba di Lapangan Terbang Sandakan pada jam 1.15 petang tadi diiringi Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Abd Hamid.

Annuar turut menghadiri Program Bersama Usahawan Digital Jelajah #SayaDigital Botcamp di Batu Sapi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya