Safa Tuaran Juara Kejohanan Bola Sepak, Piala Sabah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Bola Sepak Sabah (Safa) Tuaran meraih kemenangan sebagai juara selepas menewaskan pasukan Safa Tawau 1-0 dalam satu perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Sabah, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Stadium Likas pada Ahad.

Jaringan gol tunggal bekas penyerang negeri dan kebangsaan Rozaimie Abd Rahman membuahkan hasil pada minit ke-62 bagi pasukan Safa Tuaran seterusnya muncul sebagai juara pada perlawanan itu.

Safa Tuaran menerima RM30,000 dan membawa pulang Piala Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor manakala Naib Johan Safa Tawau menerima RM20,000.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya, yang mewakili Ketua Menteri, menyampaikan hadiah.

Perlawanan akhir Kejohanan Piala Sabah menyaksikan lapan pasukan yang memenangi zon kelayakan masing-masing bersaing untuk merebut Piala Ketua Menteri.

Presiden Safa Tuaran, Datuk Kassim Razali turut berbangga dengan pencapaian yang menampilkan bekas pemain pasukan Rhinos Sabah seperti Mafry Balang, Zuraindey Jumai, Jufrey Omopor, Ronny Harun dan Julamri Muhammad.

“Sebagai presiden Safa Tuaran, saya amat berbangga kerana kami berjaya memenangi kejohanan itu buat kali pertama.

“Ia adalah permainan yang menghiburkan para peminat bola sepak kerana mereka bermain dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah.

Manakala presiden Safa Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Safa Tawau menampilkan bakat baru tempatan iaitu skuad remaja dan berdepan dengan pemain skuad kebangsaan negeri dalan perlawanan akhir ini.

“Saya amat berbangga skuad remaja itu tidak seharusnya berkecil hati selepas kekalahan itu terutama ketika menentang pasukan yang diperkuatkan bekas pemain bola sepak negeri.
.
“Kami sebenarnya tidak bernasib baik untuk berdepan dengan mereka tetapi sekali lagi, pemain kami memberikan yang terbaik…kami akan terus membuat kemajuan bersama pemain muda kami,” kata Nizam.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Juil Nuatim memuji usaha Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang diketuai oleh Azman Mastar kerana menjalankan tugas dengan baik dalam penganjuran kejohanan itu.

Menurut Juil, FA negeri akan terus mengadakan lebih banyak kejohanan sebagai sebahagian daripada usaha mencungkil bakat baharu sekali gus menyumbang kepada pembangunan bola sepak Sabah.

“Safa sebelum ini pernah mengadakan kejohanan Piala BMR (bawah 18 tahun) dan kini Piala Sabah, rancangan menganjurkan dua lagi iaitu Inter-Club dan juga Liga Safa.

“Kita mungkin membuat sedikit pelarasan, mungkin untuk menganjurkan kejohanan masa depan sebelum bermulanya Liga Malaysia.

“Ia adalah satu platform terbaik untuk memilih pemain baharu…mungkin pemain berpotensi boleh bermain dalam liga (senior), pasukan junior mahupun dalam Liga M3,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *