HomeIsu tempatan9 Mangsa Bot Terbalik, Berjaya Diselamatkan

9 Mangsa Bot Terbalik, Berjaya Diselamatkan

Read Time:1 Minute, 32 Second

TAWAU: Kesemua pemancing yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di perairan Tinagat awal pagi Ahad (27 Mac) berjaya ditemui dan diselamatkan di kedudukan lebih kurang empat batu nautika tenggara Batu Tinagat, pada jam 1.10 petang semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar jam 8.40 pagi semalam untuk mengesan dan mencari sembilan pemancing yang dikhuatiri
lemas setelah bot dinaiki dilaporkan terbalik akibat melanggar objek terapung.

Mangsa bot terbalik berjaya diselamatkan.
Bot sembilan pemancing terbalik di perairan Tinagat, Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada Maritime Rescue Sub Centre(MRSC) Kota Kinabalu.

Sejurus menerima maklumat tersebut, bot ronda yang berada dalam sektor operasi telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan mengesan kedudukan sebenar bot yang dilaporkan, seterusnya Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) turut dibuka di pantai Kampung Batu Payung bagi mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terlibat.

“Kesemua mangsa ditemui selamat dengan hanya berpaut pada bot yang terbalik sebelum ditemui oleh anak kapal Oriental King yang berlabuh berhampiran lokasi kejadian.

“Mangsa warga tempatan berusia sekitar 30 ke 51 tahun seterusnya dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia dan dibawa ke PHC bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan diambil keterangan,”katanya.

Menurut mangsa, mereka keluar untuk memancing dan tiba-tiba berlaku perlanggaran dengan objek terapung yang mengakibatkan bot tersebut terbalik lalu kesemua mereka tercampak ke laut.

Op CARILAMAT yang dikoordinasikan Maritim Malaysia turut disertai agensi-agensi keselamatan serta pasukan sahabat lain terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta komuniti setempat.

Komuniti maritim diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca buruk semasa menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa menggunakan jaket keselamatan.

Sebarang kejadian kecemasan boleh dilaporkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya