HomeLuar negaraLawak melampau, Chris Rock Terima Penampar Jantan Will Smith di Anugerah Oscar

Lawak melampau, Chris Rock Terima Penampar Jantan Will Smith di Anugerah Oscar

Read Time:1 Minute, 17 Second

Los Angeles: Pelawak, Chris Rock ditampar oleh pelakon, Will Smith di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) sebentar tadi selepas membuat lawak kurang ajar. 

Cukup dikenali sebagai pelawak yang kurang ajar, Rock yang pada ketika itu muncul sebagai penyampai anugerah Dokumentari Terbaik mempersenda penampilan Jada Pinkett Smith yang botak.

“Oooo! Wow! Will Smith bagi saya penampar,” kata Rock selepas ditampar oleh Smith.


Menuju ke tempat duduknya, Smith dilihat berjalan sampai memberi amaran kepada Rock supaya tidak mempersenda isterinya.

“Jangan nak sebut-sebut nama isteri aku,” katanya

Rock sebelum itu mempersenda Pinkett dengan menggambarkannya sebagai watak wanita berkepala botak dalam filem GI Jane 2 lakonan Demi Moore.

“Jada, saya sayang awak, GI Jane 2. Tak sabar nak tengok,” katanya.

Selepas ditampar, Rock sekali lagi menjelaskan kepada Smith bahawa itu hanyalah lawak mengenai filem GI Jane 2, namun Smith tetap melontarkan amaran sama.

Pinket yang berada di tempat duduk penonton hanya mampu memberikan ekspresi jelingan ‘rolling eyes’ tanda rasa menjengkelkan dengan sikap Rock.

Terdahulu, Smith naik ke pentas dan menampar Rock dengan kuat dan bunyi tamparan itu dapat didengar oleh penonton.

Audio kemudiannya dipadam untuk memastikan penonton di rumah tidak mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan kedua-dua bintang Hollywood itu.

Sebelum ini, Pinkett pernah berkongsi mengenai alopecia dan penyakit autoimun yang menyebabkan rambutnya gugur.

Media antarabangsa melaporkan, Rock kemudiannya memohon maaf kepada Smith dan turut dileraikan oleh pelakon, Denzel Washington.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya