HomePolitikHubungan GRS-BN baik,kukuh - Yakub

Hubungan GRS-BN baik,kukuh – Yakub

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan mengalu-alukan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung nama baharu Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Barisan Nasional (BN).

Yakub berkata, kerajaan Sabah sebelum ini dibentuk menerusi gabungan diantara BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Memang sepatutunya kerajaan ini dinamakan GRS-BN, biarlah nama kedua-dua ada kerana ia tidak akan merugikan sesiapa pun.

“Malah ia memberikan keuntungan ‘win-win situation’ antara dua pihak dan hubungan antara GRS dan BN juga bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tebobon disini hari ini.

Yakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, kerajaan yang ada kini akan terus diperkukuhkan untuk rakyat dan negeri ini.

Semalam, Hajiji setuju agar Kerajaan Sabah yang kini ditadbir GRS bersama rakan kerjasama BN dikenali sebagai GRS-BN.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular