COVID-19 : Jangkitan kembali diatas paras angka 200 kes

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali merekodkan kes jangkitan COVID-19 diatas paras angka 200 apabila sebanyak 251 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan pertambahan sebanyak 57 kes berbanding semalam.

“Peningkatan jumlah kes pada hari disebabkan oleh lebih banyak daerah yang mencatat pertambahan kes jangkitan baharu berbanding semalam.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding hanya lapan daerah yang mencatatkan penurunan kes harian,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, empat daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam kecuali di Beluran dan Sipitang yang mencatatkan peningkatan kes dua angka manakala daerah-daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini bertambah pada kadar satu angka sahaja.

Katanya, jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka juga bertambah daripada lima daerah semalam kepada 10 daerah hari ini.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, bertambah sembilan kes berbanding sebelumnya.

“Sebanyak 15 daerah (18 semalam) mencatatkan kes satu angka dan dua daerah iaitu Telupid dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, peratusan kes-kes jangkin sporadik masih tinggi iaitu 54.58 peratus.

“Walau bagaimanapun, ia dilihat semakin menurun walaupun secara perlahan-lahan. Hari ini cuma 12 daerah merekodkan kategori ini sebagai punca utama jangkitan baharu.

“Seramai 244 orang atau 97.21 peratus daripada 251 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Dua  orang berada dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *