HomeUtamaKebenaran solat rapat sejadah di Sabah bermula esok

Kebenaran solat rapat sejadah di Sabah bermula esok

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di Masjid dan Surau dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah yang lain berkuatkuasa esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah solat fardhu lima waktu berjemaah, solat Jumaat, Terawih dan solat-solat sunat selain jemaah perlu membawa sejadah sendiri.

“Semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti memakai pelitup muka, membawa sejadah, tidak bersalaman dan sebagainya.

“Aktiviti masjid dan surau adalah kekal sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini, seperti kuliah-kuliah selepas solat fardhu, dhuha, bengkel, kursus serta program keagamaan dengan mengambil kira penyesuaian waktu ibadat di bulan Ramadhan adalah termasuk dalam kebenaran ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, jemaah yang hadir ke Masjid dan Surau hendaklah yang telah lengkap divaksin.

Katanya, pelaksanaan solat Terawih, mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh, sahur, tadarus al-Quran, qiamulail serta aktiviti sepanjang bulan Ramadhan adalah dibenarkan.

“Sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif COVID-19, Masjid atau Surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Azis Jaafar berkata, pelaksanaan solat berjemaah dengan kapasiti penuh turut dibenarkan di Masjid dan Surau di negeri ini bermula esok.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular