HomeUtama928,636 ahli peladang sertai NAFAS

928,636 ahli peladang sertai NAFAS

Read Time:1 Minute, 21 Second

PETALING JAYA : Seramai 928,636 ahli peladang telah menyertai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia melibatkan 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN); 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Katanya, struktur itu melengkapkan rangkaian tiga peringkat pertubuhan peladang selain dipertanggungjawab untuk menyatu dan menggembleng sumber Pertubuhan Peladang seterusnya berperanan sebagai badan pernigaan peladang.

“Tempoh 50 tahun yang dilalui NAFAS telah memperlihatkan betapa usaha keras dalam memastikan kebajikan serta menjaga kesejahteraan ahlinya, sekali gus terus mengembangkan dan memajukan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.

“Kejayaan NAFAS berkait rapat dan telah banyak membantu menaikkan taraf hidup dan sumber ekonomi Keluarga Peladang dari semasa ke semasa.

“Ia dapat dilihat menerusi pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan Pertubuhan Peladang sebagai badan perniagaan milik peladang yang bertanggungjawab menyatu dan menggembleng sumber semua ahli bagi mencapai matlamat serampang dua mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jubli Emas 50 tahun NAFAS disini semalam.

Dr Ronald berkata, pertubuhan ini juga akan mendapatkan perkhidmatan dalam aktiviti pengeluaran hasil pertanian serta keuntungan daripada perniagaan yang berkait langsung dengan ahli peladang.

Katanya, melalui pendekatan ini, rangkaian Pertubuhan Peladang di seluruh negara yang bergabung di bawah NAFAS telah berjaya merealisasikan hasrat Kerajaan membawa transformasi pertanian supaya menjadi sektor yang moden dan dinamik.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, dalam memastikan NAFAS terus kekal relevan sebagai payung kepada rantaian Pertubuhan Peladang, NAFAS akan melaksanakan lima Tekad NAFAS sebagai fokus menuju tahun 2030.

Antara tekad itu katanya adalah pembangunan industri pada dan beras; pemasaran input baja dan kimia; pemain utama industri ayam; sumber kekayaan baharu dan kemakmuran keluarga peladang.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular