HomeUtamaKPM komited naik taraf fasiliti institusi pendidikan

KPM komited naik taraf fasiliti institusi pendidikan

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited untuk menaik taraf fasiliti di semua institusi di bawah KPM di seluruh negara. 

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, usaha penambahbaikan itu bukan sahaja kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) malah menyeluruh ke sekolah-sekolah dan sebagainya.

“Penambahbaikan infrastruktur ini bermatlamat untuk meningkatkan standard serta kualiti penyampaian pembelajaran dan pemudahcaraan dalam situasi pembelajaran yang kondusif.

“Ia juga dilihat mampu memberikan persekitaran kerja yang lebih selamat serta ruang kerja yang selesa mampu memberi impak positif kepada corak kerja yang lebih cemerlang dan berdaya kreatif,” katanya,

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bangunan Pentadbiran,Dewan Serbaguna dan Auditorium Fasa Dua IPG Gaya di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPM,Datuk Yusran Mohd Yusof, Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr. Gerturude Jock dan Wakil Pegawai Pengusaha (Utama) Projek Pembinaan Bangunan, Pentadbiran Baharu Jabatan Kerja Raya, Juvinia Augustine Zujip.

Mohamad berkata, sokongan berterusan KPM itu adalah bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran, pemartabatan ilmu serta pemangkin produktiviti dapat dilunaskan tanpa rasa prejudis, stress dan pesimis.

Katanya, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menerajui 27 IPG di seluruh negara juga telah merancang dan melaksanakan transformasi IPG sepertimana yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Usaha bagi memenuhi harapan masyarakat terhadap agenda pendidikan negara ini berjaya dipenuhi antaranya apabila KPM melaksanakan Projek Khas pembinaan satu bangunan pentadbiran, dewan Serbaguna dan auditorium di IPG Kampus Gaya.

“Diharap dengan tercapainya inisiatif ini,semua warga IPG kampus dapat mengalas tanggungjawab untuk memastikan kualiti pendidikan guru dapat ditingkatkan dan dalam masa yang sama dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan,berkemahiran tinggi,kreatif,inovatif dan berwawasan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular