HomeIsu tempatanPerbarisan memperingati pahlawan Ops Daulat

Perbarisan memperingati pahlawan Ops Daulat

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Perbarisan Memperingati Pahlawan Operasi Daulat bagi Formasi 5 Divisyen telah diadakan secara serentak di semua formasi di bawah naungan 5 Divisyen. 

Sejurus tiba, Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol menerima Tabik Hormat Panglima Briged 5 Diraja, diikuti nyanyian lagu ‘Tentera Darat’ dan ‘Nerang Separang’. 

Kemudian, ketua perbarisan, Pegawai Memerintah 75 BOD, Lt Kol Mohd Suffian Misran melapor kekuatan perbarisan seramai 17 pegawai dan 68 anggota dari lain-lain pangkat.

Aturcara disusuli dengan bertafakur selama 30 saat bagi mengenang para wira  yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Negara, selepas tiupan paluan akhir  iaitu  The Last Post.

Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol

Seterusnya, deklamasi puisi bertajuk ‘Watikah Terakhir Seorang Pejuang’ dipersembah oleh SSjn Mohd Noraffinoh Asri dan Kraf Man Shaza Faiza Mohd Salima. 

Upacara diteruskan dengan Tiupan Rouse sekaligus bendera Formasi 5 Divisyen dinaikkan, diikuti  teriakan Gempur Wira dan bacaan doa sebagai penutup upacara tersebut.

Ketika ditemui media, Saiful berkata, objektif utama penganjuran berkenaan adalah untuk memperingati semangat juang dan pengorbanan serta menyemai semangat patriotik dan cintakan organisasi dalam kalangan warga tentera.

“Perbarisan ini juga sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada anggota tentera yang gugur di medan petempuran  iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dari pasukan 7 RAMD yang terkorban dalam serang hendap di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Lahad Datu pada 12 Mac 2013,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya