HomeUtamaProjek tebatan banjir RM11 juta di dua lokasi di Tenom

Projek tebatan banjir RM11 juta di dua lokasi di Tenom

Read Time:1 Minute, 41 Second

KEMABONG : Projek tebatan banjir bernilai RM11 juta akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu Kuala Tomani dan Batu 10 Kampung Paal, Kuala Sungai Api.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, projek tersebut perlu dilaksanakan segera bagi mengelak kerosakan jalan raya yang lebih teruk, sekaligus meningkatkan kos pembaikan.

“Ini juga bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan sekiranya berlaku banjir kerana jalan utama Batu 10 Kampung Paal menghubungkan Kemabong dan Tenom.

“Oleh itu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta bagi pembinaan dua projek tersebut dalam belanjawan tambahan 2022 negeri Sabah,” katanya semasa Pesta Kalimaran Kali Ke-18 Peringkat Negeri Tahun 2022.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng, Pengerusi SEDCO Sabah merangkap ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony dan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual.

Jeffrey berkata, seramai 5,000 penduduk di sekitar  Kampung Kuala Tomani  dijangka akan mendapat manfaat sementara tiga lagi projek tebatan banjir akan dimasukkan dalam peruntukan tahun 2023.

Mengenai pembukaan pintu sempadan negara bermula hari ini, Jeffrey berharap agar langkah tersebut dapat membantu meningkatkan semula ekonomi Sabah menerusi kehadiran pelancong.

“Daerah Tenom mempunyai destinasi pelancongan yang menarik seperti Taman Pertanian Sabah, Pusat Kebudayaan Murut, Kopi Tenom, aktiviti white water rafting di samping keindahan kebudayaan dan kesenian masyarakat Murut.

“Sambutan Pesta Kalimaran merupakan satu pesta kesenian  turun-temurun yang bertujuan mempamerkan dan menghidupkan budaya dan kesenian Murut supaya terus kekal khususnya dalam jiwa golongan generasi muda,” katanya.

Katanya, pelbagai kraftangan, makanan dan tarian tradisi Murut yang terdapat di kawasan pedalaman Sabah dipertontonkan termasuk simbol-simbol lama dalam bentuk lukisan atau ukiran yang masih digunakan di sesetengah rumah tradisi. 

“Pesta Kalimaran mampu diketengahkan menjadi salah satu produk pelancongan dengan kekayaan dan keunikan budaya masyarakat Murut itu sendiri bukan sahaja kepada masyarakat Malaysia bahkan kepada masyarakat luar negara.

“Ini selaras dengan tema Pesta Kalimaran kali ini iaitu “Mempertahan Adat Istiadat dan Adat Suku Kaum Murut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya