HomeIsu tempatanPensyarah peraga busana etnik tonjol keunikan budaya Sabah

Pensyarah peraga busana etnik tonjol keunikan budaya Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU:   Kemeriahan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-22 bukan sahaja dirasai dalam kalangan graduan tetapi juga dalam kalangan pensyarah.

Bagi salah seorang ahli Senat yang  juga Pengarah  Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP UMS), Dr. Jurry Foo, majlis itu juga memberi ruang  menonjolkan budaya dan nilai murni khususnya dalam penghayatan perpaduan keluarga Malaysia.

Beliau memakai baju tradisi yang berbeza dan dipadankan dengan jubah akademik selama enam hari majlis itu berlangsung.

“Secara positifnya, memakai busana etnik bukanlah satu tindakan rasisme malah ia adalah kaedah untuk memulihara budaya.

“Dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ia menjadi satu kaedah pembelajaran tidak formal yang boleh memberi motivasi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai busana etnik yang dikenakan termasuk latar belakang busana, asal usul dan sebagainya,” katanya.

Jurry berkata demikian ketika ditemui selepas acara Majlis Konvokesyen UMS melabuhkan tirainya semalam.

Beliau berkata, pembudayaan busana tradisi juga memberikan inspirasi untuk orang ramai mencari tahu budaya dan asal usul.

“Buktinya, reaksi yang saya peroleh daripada pelbagai pihak ialah rancangan menempah dan memakai pakaian tradisi mereka pada masa akan datang.

“Malah ada yang bertanya di mana boleh dibeli busana etnik, nama-nama aksesori seperti ‘betungkat’ dan juga butang emas berkepala ratu (queen), malah ada yang mencadangkan untuk mengadakan bengkel membuat busana etnik tradisional dan kontemporari,” katanya.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak untuk terus membudayakan busana etnik bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman.

“Budayakanlah pemakaian baju etnik sama ada tradisional mahupun kontemporari.

“Kita sama-sama martabatkan keunikan dan keistimewaan budaya tradisi kita agar terus diwarisi zaman berzaman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya