HomeUtamaLapan syarikat laksana LSS di Sabah

Lapan syarikat laksana LSS di Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak lapan buah syarikat akan melaksanakan pembinaan projek solar berskala besar menerusi perjanjian yang ditandatangani di antara pemaju projek ‘large scale solar’(LSS) dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, projek dengan kapasiti janaan tenaga keseluruhan sebanyak 67megawatt (MW) itu melibatkan anggaran kos pembangunan berjumlah lebih RM268 juta  

Katanya, kerajaan berusaha untuk meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam campuran penjanaan elektrik tenaga negara.

Takiyuddin bersama syarikat yang menerima dokumen perjanjian projek LSS

“Dalam konteks ini, program LSS ini adalah antara program flagship yang diperkenalkan Kementerian saya dalam usaha memperbanyakkan penjanaan TBB.

“Program LSS di Sabah ini telah dilaksanakan Kementerian saya menerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) sejak tahun 2017 iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.

“Akhirnya pelaksanaan elemen utama program ini iaitu Perjanjian Pembelian Tenaga telah berjaya dimuktamadkan dan para pemaju projek kini boleh memulakan pelaksanaan projek loji jana kuasa solar,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Solar Berskala Besar disini hari ini.

Takiyuddin berkata, perancangan peralihan tenaga sehingga tahun 2040 telah menetapkan sasaran 31 peratus TBB dalam kapasiti terpasang pada tahun 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035.

Katanya, kapasiti terpasang bagi TBB di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 8,700 megawatt (MW), manakala menjelang 2035 kapasitinya diunjurkan meningkat sekali ganda sehingga 18,000 MW.

“Kementerian saya dan agensi berkaitan akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan tenaga untuk negara kita.

“Sebagai sebahagian daripada strategi Malaysia untuk mempelbagaikan sumber tenaga dalam penjanaan elektrik, kepentingan yang lebih luas telah dibuat untuk meningkatkan kapasiti sumber yang boleh diperbaharui untuk memenuhi permintaan yang tinggi,”katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, rakyat Malaysia perlu sedar dan prihatin bahawa sumber tenaga konvensional seperti petroleum, arang batu dan juga gas asli ini adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan bakal habis pada suatu masa nanti.

“Demi untuk menjamin keperluan dan kelangsungan kehidupan pada masa hadapan, kita perlu meneroka tindakan proaktif dan boleh dilaksanakan bagi mencari sumber alternatif untuk menggantikan sumber tenaga konvensional ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya