HomeUtamaPembukaan sempadan negara beri sinar baharu sektor pelancongan di Sabah

Pembukaan sempadan negara beri sinar baharu sektor pelancongan di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Malaysia yang telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula hari ini menyaksikan pembukaan semula sempadan negara selepas hampir dua tahun negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Berikutan itu, rakyat Malaysia akan kembali kepada gaya hidup normal mereka, meskipun dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.

Pengumuman berhubung fasa peralihan ke endemik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu itu turut mendapat reaksi yang positif dalam kalangan Keluarga Malaysia khususnya di Sabah.

Bagi Operator Pelancongan, Mohd Shukur Jahar,39,yang menganggap langkah kerajaan membuka sektor pelancongan kepada pengembara sebagai  rahmat kepada seluruh pemain industri memandangkan sektor itu adalah yang paling teruk terjejas. 

“Pada saya, langkah kerajaan membuka sempadan negara amat baik demi menjana semula peluang pekerjaan kepada para pekerja dalam rantaian pelancongan.

“Ini termasuklah pemandu pelancong, pemandu bas, diving instructor, pengusaha inap desa dan perhotelan,” katanya yang sudah berkecimpung dalam industri itu selama 14 tahun.

Pengumuman pembukaan sempadan negara itu itu turut dikongsi Caroline Majanil yang sebelum ini telah menjelajah di 25 buah negara.

Beliau berpendapat pelancong domestik harus bersama membantu industri pelancongan untuk berkembang.

“Sebagai pengembara yang kerap ke luar negara, saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan pandemik dunia mungkin untuk setahun lagi kerana saya khuatir mendapat jangkitan dan menanggung kos rawatan yang tinggi di luar negara,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya yakin pengusaha pelancongan di Sabah sedia untuk menerima kedatangan para pelancong apabila pintu sempadan negara dibuka bermula hari ini.

Katanya, kesediaan pengusaha juga diyakini mampu mengadaptasi norma dan SOP yang baharu.

“Kementerian saya juga akan terus komited memberikan dan memperkenalkan pakej-pakej ransangan pada tahun ini serta melaksanakan strategi-strategi pemasaran yang komprehensif,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular