HomeUtamaUmat Islam berpuasa esok

Umat Islam berpuasa esok

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam di seluruh negara akan mula mengerjakan ibadah puasa bermula esok.

Bagi negeri Sabah, pengisytiharan permulaan puasa disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri, Datuk Abinan Asli di Dewan Seri Kinabalu, disini semalam.

Ia adalah berdasarkan keputusan hilal ramadan yang dipersembahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

“Kaedah rukyah untuk melihat hilal ramadan tahun 1443H bersamaan 2022 Masihi adalah iaitu pada hari ini (semalam) di Balai Cerap Al Biruni Negeri Sabah.

“Masa cerapan bermula 6.25 petang hingga 6.33 petang dan keputusan hilal ramadan adalah tidak kelihatan,” katanya.

Pada majlis itu, Tun Juhar menyertai solat fardhu Maghrib dan Isyak bersama kira-kira 50 jemaah di Surau Istana Seri Kinabalu.

Solat diimamkan Pegawai Agama Istana, Imran Anggun yang juga memimpin bacaan yassin dan tahlil serta doa selamat sempena kenduri doa selamat menyambut bulan Ramadan 1443H/ 2022 M.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Sains, Teknologi  dan Inovasi, Yakub Khan, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya