HomeUtamaSTB Bantu Bangunkan Pelancongan Pedalaman Sabah

STB Bantu Bangunkan Pelancongan Pedalaman Sabah

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berusaha keras untuk membantu membangunkan kawasan pedalaman Sabah menjadi destinasi pelancongan luar bandar yang mampan.

Baru-baru ini, unit produk pihak lembaga telah mengadakan sesi libat urus bersama 47 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Mukim Bingkor untuk menerokai potensi pelancongan di kawasan masing-masing.

Program anjuran bersama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik.

Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffrey Jimit berkata, kawasan luar bandar seperti Bingkor mempunyai potensi besar untuk menarik orang luar mengunjungi destinasi pedalaman.

“Walaupun kita menggalakkan pelancong melawat Sabah untuk menikmati tarikan utama di negeri ini, kita juga mahu mereka menerokai kawasan luar bandar dan berinteraksi dengan komuniti setempat untuk memanfaatkan percutian mereka sepenuhnya.

“Di pihak lembaga, unit produk menyokong komuniti luar bandar dalam membuka potensi mereka secara konsisten dan mewujudkan peluang untuk mereka berkembang maju melalui pelancongan,” jelasnya.

Dalam sesi libat urus itu, Julinus memberikan taklimat mengenai industri pelancongan dan bagaimana masyarakat luar bandar boleh mendapat manfaat daripadanya, lebih-lebih lagi setelah sempadan antarabangsa negara telah dibuka semula untuk aktiviti pelancongan.

Program penglibatan komuniti itu, antara lain, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wakil JPKK tentang produk pelancongan yang boleh dibangunkan, khususnya pelancongan berasaskan komuniti di Bingkor.

Selain itu, mereka juga diberi taklimat mengenai kepentingan melengkapkan diri dengan kemahiran pemasaran digital untuk memasarkan produk pelancongan mereka secara efektif.

Tambah Julinus, program penglibatan seumpana ini akan diperluaskan ke Keningau dan daerah lain dalam masa terdekat untuk terus memperkasa dan mendekati seberapa banyak komuniti luar bandar yang mungkin.

Bingkor terletak kira-kira 10 kilometer dari Keningau dan majoriti penduduknya adalah dari suku kaum Dusun. Kawasan ini kaya dengan alam semula jadi, budaya, dan kraftangan yang masih belum dibangunkan.

Pada masa ini, Bingkor tidak mempunyai produk pelancongan berasaskan komuniti, tetapi pembangunan Taman Eko Bandukan sedang diusahakan dan akan diuruskan oleh komuniti setempat.

Dalam pada itu, Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau akan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah untuk menggunakan kod QR bagi tujuan menarik dan merekod kedatangan pengunjung ke Bingkor.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya