HomeUtamaLove KK,KK Clean Up Day galak penduduk laksana aktiviti kemasyarakatan

Love KK,KK Clean Up Day galak penduduk laksana aktiviti kemasyarakatan

Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan Program Love KK dan KK Clean Up Day yang merupakan inisiatif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diyakini mampu menggalakkan penyertaaan penduduk sekitar terdiri dari pelbagai  kaum, agama dan peringkat umur dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi inisiatif itu warga bandar raya akan dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, ianya juga sejajar dengan objektif program iaitu untuk membentuk dan membangunkan komuniti yang inklusif dalam persekitaran bandaraya berkualiti dan berdaya huni

“Selain itu, program ini juga dapat  memupuk semangat perpaduan dan penyertaan komuniti melalui kolaborasi yang efektif, memberi manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan selain membantu mencapai pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Saya dimaklumkan bahawa teras utama Hala Tuju SMJ khususnya berkaitan dengan pelancongan turut diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai komponen di dalam program hari ini, iaitu KK bersih (Clean KK), KK Ceria (Vibrant KK) dan KK Indah (Beautiful KK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Love KK dan KK Clean Up Day di Taman Awam Teluk Likas disini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Hajiji berkata, persekitaran yang bersih, indah dan ceria akan dapat menarik kehadiran pelancong selain memperkasa pertumbuhan ekonomi menerusi pelancongan.

“Justeru, aspek kebersihan, keharmonian dan keselamatan perlu diberi perhatian oleh DBKK di kawasan bandar raya ini.

“Saya juga berasa gembira kerana program ini tidak mengabaikan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat di dalam SMJ, dengan pelaksanaan komponen seperti KK Berdaya Huni (Liveable KK), KK Sihat (Healthy KK) dan KK Warisan (Heritage KK) yang memfokuskan program peningkatan kualiti kehidupan rakyat serta keselamatan,”katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, kelestarian hijau juga menjadi intipati di dalam komponen KK Hijau (Green KK) yang mementingkan aspek keterkaitan dan kelestarian dalam pembangunan infrastruktur Bandaraya Kota Kinabalu.

“Saya berharap semua komponen yang dilaksanakan menerusi program ini akan memberi manfaat seperti yang dihasratkan iaitu menjadikan `KK Bandar Kesukaan Saya atau My Favourite City KK.

“Saya yakin dengan sokongan dan penglibatan semua warga Bandaraya Kota Kinabalu akan dapat menambahbaik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, modal insan, kesejahteraan rakyat, jaringan infrastruktur serta kelestarian hijau di bandar raya ini.

“Sudah pasti ini juga akan menyumbang kepada pencapaian Hala Tuju DBKK iaitu ke arah “Kota Kinabalu Sejahtera.”katanya.

Katanya, Kerajaan negeri juga akan terus memberi sokongan kepada setiap program yang dilaksanakan DBKK bagi membangunkan bandar raya ini dalam semua aspek.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular