DBKK kuatkuasa SOP ditetapkan kerajaan di semua bazar Ramadan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menguatkuasakan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) berdasarkan ketetapan semasa pihak kerajaan di semua bazar Ramadan yang dibuka sekitar bandar raya bermula esok.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, ia termasuklah dengan langkah penjarakan antara sebuah khemah niaga dengan khemah yang lain.

“InsyaAllah pada tahun ini kita akan membuka bazar Ramadan dibeberapa buah kawasan sekitar Kota Kinabalu dan pihak DBKK sendiri akan menguruskan.

“Dari segi SOP, kita menetapkan penjarakan antara sebuah khemah niaga dengan khemah yang lain selain SOP yang ditetapkan juga akan kita kuatkuasakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis pelancaran Love KK dan KK Clean Up Day di Taman Awam Teluk Likas disini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan.

Noorliza berkata, antara lokasi bazar yang dibuka termasuklah di Sembulan, Tanjung Aru, Inanam Dan beberapa lokasi lain yang telah ditetapkan.

Awal Mac lalu, DBKK telah membuka permohonan bagi menjalankan pengoperasian bazar Ramadan kepada peniaga yang berminat di sekitar beberapa lokasi sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *