HomeUtama32 Gerai Dibuka Sempena Ekspo Ramadan@KKIA 2022

32 Gerai Dibuka Sempena Ekspo Ramadan@KKIA 2022

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 32 buah gerai telah dibuka untuk usahawan-usahawan tempatan sempena program Ekspo Ramadan@KKIA 2022 yang diadakan di Kawasan Ruang Pejalan kaki di antara balai ketibaan 2 dan 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, (KKIA) pada Sabtu.(2 April)

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal, tujuan program ini diadakan adalah sempena Kempen Belilah Barang Buatan Sabah disamping menyambut kedatangan bulan yang mulia Bulan Ramadan.

Ekspo Ramadan ini adalah satu usaha kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan tempatan terutamanya peniaga-peniaga kecil memasarkan apa sahaja produk mereka, selain menjual makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Saya berharap dalam fasa endemik, Ekspo Ramadan ini berjalan dengan lancar selain kita berpuasa, berperang dengan hawa nafsu, kementerian ini akan terus berusaha membantu peniaga-peniaga.

“Ekspo yang diadakan di KKIA adalah kawasan yang strategik untuk menarik pelanggan, bukan sahaja memudahkan para peniaga malah pekerja di KKIA itu sendiri, juga dengan kehadiran pelancong yang mula masuk ke negeri ini sejak sempadan dibuka,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ekspo Ramadan di KKIA hari ini.

Program Ekspo Ramadan ini adalah anjuran Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan kerjasama daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) dan Malaysia Airport sdn.bhd.(MASB).

Program ini diharap dapat membantu para usahawan tempatan untuk mempromosikan produk serta dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka. Ia akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 2 April hingga 2 Mei 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular