HomeIsu tempatanPerbaiki diri, banyakkan amalan di bulan Ramadan - Jafry

Perbaiki diri, banyakkan amalan di bulan Ramadan – Jafry

Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Sebanyak 207 buah masjid dan surau sekitar Sandakan dan Kinabatangan disini menerima sumbangan berupa wang tunai bagi melaksanakan pelbagai program sepanjang Ramadan.

Dari jumlah itu, sebanyak 108 buah masjid dan 99 surau masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM1,000 dan RM500.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Arifin berkata, sumbangan tahunan itu disalurkan pihaknya bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, sumbangan itu juga diyakini mengimarahkan lagi masjid dan surau pada Ramadan selepas hampir dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita diberi ruang untuk melaksanakan ibadah puasa dengan baik selain dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah dalam bulan Ramadan berbanding tahun-tahun yang lalu.

“Meskipun jumlah agihan yang diberikan mungkin tidak seberapa, ia sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan masjid dan surau di kawasan ini untuk membuat persiapan menjelang Ramadan,” katanya.

Katanya, kemeriahan bulan puasa kali ini pastinya cukup berbeza berbanding dua tahun sebelum ini kerana negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk itu, beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar mengambil kesempatan terhadap peralihan kepada fasa endemik pada bulan Ramadan untuk memperbaiki diri dan perbanyak amalan ibadah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular