50 masjid,surau di Parlimen Sepanggar terima sumbangan Ramadan

Read Time:52 Second

SEPANGGAR : Sebanyak 50 buah masjid dan surau di sekitar kawasan Parlimen Sepanggar hari ini menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan.

Sumbangan berupa wang tunai, kurma dan air mineral itu adalah bagi membantu mengimarahkan lagi ibadah puasa di masjid dan surau terlibat sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya berharap agar sumbangan yang disalurkan itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang Ramadan.

“Pada hari ini, kita akan menyampaikan sumbangan kepada 50 buah masjid dan Surau yang ada di Sepanggar. Ianya adalah berbentul wang tunai sebanyak RM1,000 kemudian kurma sebanyak 10 kilogram (kg) dan air mineral 10 kotak.

“Niat saya adalah ingin menyampaikan sumbangan kepada semua masjid dan surau di Sepanggar.  Jumlah semua sama, tiada beza dan tiada ‘double standard’,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada 50 masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Sepanggar disini hari ini.

Hadir sama Ketua Daerah Kota Kinabalu OKK Datuk Saidon Kadis dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Karambunai Matlan Taman.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.