HomeUtamaCIQS Jadi Keutamaan Bagi Sabah, Tidak Harus Ditangguhkan - Hajiji

CIQS Jadi Keutamaan Bagi Sabah, Tidak Harus Ditangguhkan – Hajiji

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) diarah untuk meneruskan projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Serudong, Kalabakan dan Bantul, Pagalongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau sekali lagi mengulangi bahawa pembangunan CIQS menjadi keutamaan bagi Sabah dan tidak harus ditangguhkan.

Hajiji mengarahkan Pihak Berkuasa SEDIA yang merupakan pihak berkuasa negeri bagi pembangunan bandar sempadan ini, untuk meneruskan perkara itu berikutan laporan bahawa projek CIQS Kalabakan terpaksa ditangguhkan kerana pembiayaan tidak mencukupi daripada Kementerian Kewangan Persekutuan.

Ketua Menteri mengeluarkan arahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat SEDIA di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin.

Pada mesyuarat itu, Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA dimaklumkan bahawa jumlah kos pembangunan CIQS Kalabakan ialah RM815 juta di mana RM600 juta adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 39km dan RM215 juta untuk pusat CIQS. Pembangunan CIQS di Pagalongan termasuk pembinaan jalan raya akan menelan belanja sebanyak RM509.4 juta.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Pejabat Perdana Menteri memberitahu mesyuarat itu bahawa EPU tidak mempunyai bantahan terhadap projek yang telah diumumkan dalam Bajet Persekutuan 2020 tetapi menasihati SEDIA untuk meneruskan perkara ini dengan kementerian-kementerian berkaitan.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya