Kuala Lumpur – Seorang penumpang wanita menceritakan detik cemas ketika dia menaiki kapal terbang apabila pesawat yang dinaikinya itu tiba-tiba turun dari ketinggian 25,000 kaki kepada 23,000 kaki hanya di dalam beberapa saat.
Memetik perkongsian Halimah Nasoha di dalam laman facebooknya, beliau yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Tawau pada jam 2.30 minit petang di mana kejadian itu berlaku selepas 30 minit berlepas dari Lapangan terbang.

Tambahnya,beliau yang tidak menggunakan tali pinggang keledar pesawat ketika kejadiaan kerana isyarat penggunaan alat keselamatan itu telah dipadamkan ketika itu, merasa seperti terlambung-lambung ekoran pesawat secara tiba-tiba kehilangan altitud ketinggian hanya di dalam beberapa saat.
“ Aku terlambung-lambung sebab tidak pakai seatbelt ketika itu”.
“ Dalam 10 minit flight dlm keadaan tidak stabil dan lepas dia naik balik dia jatuh lagi tetapi tidak teruk macam kali pertama. penumpang lain juga menjerit dan ada juga menangis semua”
“ Ye lah memang da rasa akan mati dah” katanya lagi di dalam perkongsiannya itu.
Sementara itu, ketika dihubungi, Halimah turut menceritakan perasaannya ketika mengalami situasi cemasnya itu.
Beliau yang kemudiannya membuat semakan didalam aplikasi flight radar bagi mendapatkan maklumat jumlah ketinggian pesawat dan lokasi semasa kejadiaan cemas yang dihadapinya itu.

Menurutnya semakan menggunakan aplikasi berkenaan menunjukkan pesawat itu telahpun berpatah balik ke KLIA selepas membuat pusingan di kawasan Laut China Selatan dan Melaka dan akhirnya selamat mendarat semula di lapangan terbang KLIA.
Syarikat penerbangan yang dinaikinya itu juga telah bertindak untuk mengatur penerbangan menggunakan kapal terbang lain sebelum mereka semua bertolak kembali ke Tawau dan tiba pada jam sekitar 9.50 minit malam.
Dalam pada itu, Halimah turut memuji kecekapan juruterbang yang mengendali pesawat dan krew pesawat berkenaan yang berjaya mengendalikan tempoh cemas itu dengan baik dan berjaya mendaratkan semula pesawat itu tanpa kejadiaan yang tidak diingini serta mengaturkan pesawat lain untuk ke destinasi yang sama pada hari yang sama.
“ Tidak semua orang akan mengalami pengalaman langsung seperti ini dan masih hidup untuk berkongsikan cerita ini, dan saya bersyukur kepada allah katanya lagi.