HomeIsu tempatan3 ditahan angkut 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa permit 

3 ditahan angkut 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa permit 

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua pemandu lori membawa 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah ditahan anggota Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) di tepi jalan berdekatan lampu isyarat Jalan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan, kelmarin.

memetik laporan portal Berita Harian, Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi jam 10.15 malam dilancarkan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 PGA Sandakan diketuai Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Abd Halim Ahmad yang kemudian turut menahan seorang lagi lelaki yang mengaku pemilik bahan api berkenaan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias, berkata ketika melakukan rondaan di kawasan Batu 16, Kampung Gum-Gum, pasukan berkenaan mengesan dua lori dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak menuju ke arah Sandakan.

Katanya, sepasukan Unit Task Force Perisikan Batalion 15 Sandakan kemudian mengekori dua lori berkenaan sebelum bertindak menahan pemandunya dan pemeriksaan kemudian mendapati kedua-dua lori itu membawa tong warna biru disyaki berisi petrol bersubsidi.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati sebanyak 56 tong biru berisi 10,600 liter petrol bersubsidi tanpa dokumen sah berada di dua lori berkenaan. Jumlah keseluruhan rampasan petrol dan dua lori adalah RM121,730,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki berusia 25, 31 dan 35 tahun serta petrol dan lori yang dirampas dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular