HomeSukanSabah FC yakin mampu kutip tiga mata malam ini

Sabah FC yakin mampu kutip tiga mata malam ini

Read Time:1 Minute, 10 Second

KUALA LUMPUR: Sabah FC yakin tempoh rehat selama sebulan akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pertemuan menentang Melaka United FC malam ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata tempoh rehat itu juga digunakan untuk memperbaiki beberapa  kelemahan yang telah dikenal pasti sekaligus waspada tidak ingin kehilangan tiga mata walaupun bertandang di tempat lawan.

Katanya mengutip tiga mata bukan satu tugas yang mudah namun yakin mampu memberi saingan hebat pada malam ini.

“Kita percaya mampu memberikan saingan serta yakin akan balik dengan keputusan yang cukup positif.

“Selepas sebulan kita berehat untuk memberi ruang kepada skuad Harimau Malaya, kita menjalani seperti biasa dan kini berada di Kuala Lumpur selama seminggu.

“Dalam tempoh ini juga kita telah mengadakan perlawanan menentang pasukan PDRM FC dan kini semua pemain berada dalam keadaan yang cukup baik,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Kim Swee berkata beberapa pemain masih lagi mengalami kecederaan dan beliau terpaksa menunggu sehingga hari ini untuk menentukan kesebelasan terbaik bakal yang akan diturunkan malam esok.

Mengulas mengenai pertemuan dengan pasukan Melaka United FC, Kim Swee berkata, perlawanan pada hari ini adalah sangat penting untuk mengutip kemenangan pertama bermain di tempat lawan.

“Kita tahu apabila Melaka United tidak berjaya mendapatkan kemenangan dalam dua perlawanan awal saingan Liga Super dan ini  pasti memberikan mereka satu tekanan.

“Saya percaya selama sebulan cuti sudah tentu mereka telah mengenalpasti beberapa kelemahan mereka dan kita harus waspada agar tidak kehilangan mata,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular