HomeIsu tempatan300 pek berbuka puasa diagihkan kepada Rider Grabfood, Foodpanda & pemandu e-Hailing

300 pek berbuka puasa diagihkan kepada Rider Grabfood, Foodpanda & pemandu e-Hailing

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 300 pek makanan dan minuman untuk berbuka puasa diagihkan kepada penghantar makanan Grabfood, Foodpanda dan pemandu ‘e-Hailing’ sekitar Kota Kinabalu disini semalam.

Agihan makanan itu dilaksanakan menerusi program Infaq Ramadan yang dianjurkan UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, objektif pelaksanaan program agihan itu adalah bagi menyantuni anak-anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan dan pemandu e-Hailing.

“Sempena bulan Ramadan ini, UMNO Kota Kinabalu berkesempatan untuk mengadakan program Infaq Ramadan yang memfokuskan untuk menyantuni anak muda yang bekerja sebagai pengantar makanan termasuk pemandu e-Hailing.

“Pada hari ini (semalam) sebanyak 300 pek berisi makanan dan air untuk mereka berbuka puasa kerana kita tahu tugas mereka ada kalanya tidak sempat untuk membeli juadah berbuka puasa,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Katanya, program itu juga adalah bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan keberkatan berinfaq selain berkongsi rezeki bersama masyarakat.

“Selain itu, kita juga merancang untuk mengadakan program jejak asnaf  yang akan bermula pada hari Sabtu ini sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular