Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada salah seorang ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, sempena majlis penyampaian sumbangan itu di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.

RM18.2 Juta Peruntukan Bina Semula Untuk Kebakaran Di Tawau & Semporna

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 55 Second

TAWAU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau- Bangau di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.– Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin j Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.-Foto ihsan JKM

Lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu sempena penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini baru-baru ini.

Baki 408 KIR akan menerima bantuan mereka kemudian. Setiap KIR akan menerima RM500.

“Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya menjejaskan seramai 608 keluarga tempatan yang terdiri daripada 3,012 orang dan memusnahkan 591 rumah manakala sebanyak 300 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna yang menjejaskan 3,000 orang.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan pembantu menterinya, Datuk Julita Majungki serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan wakil rakyat Tawau, pada majlis di Dewan Masyarakat Tawau, di sini pagi ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *