HomeUtamaSESB perkenal IBR, tambahbaik sistem pembekalan elektrik di Sabah

SESB perkenal IBR, tambahbaik sistem pembekalan elektrik di Sabah

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) memperkenalkan ‘Incentive Based Regulation (IBR)’ bagi menambahbaik sistem pembekalan elektrik di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, IBR merupakan fasa baru yang diperkenalkan bertujuan menambah baik sistem perkhidmatan bekalan elektrik.

“Bermula tahun ini sehingga 2024, SESB memulakan fasa baru yang dipanggil IBR bagi menambah baik sistem-sistem pembekalan elektrik ke setiap daerah di negeri ini.

” Pelaksanaan fasa ini mengambil masa tiga tahun bagi menambah baik perkhidmatan elektrik kepada masyarakat sekaligus meningkatkan kepuasan pengguna,” katanya.

Beliua berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini semalam.

Selain memperkenalkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu yang dilantik pada 1 Mac lalu, Mohd Yaakob turut memaklumkan prestasi teknikal SESB pada 2021 sangat memberangsangkan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Transformasi SESB, Ir Norhizami Abu Hasan, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) SESB, Mokhtar Hussin, Setiausaha Syarikat SESB,  Zunaidah Osman dan Pengurus Kanan Public & Internal Relation, Amir Mahat.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya