HomeUtamaMAFI peruntuk RM285 juta untuk jabatan dan agensi di Sabah, Sarawak

MAFI peruntuk RM285 juta untuk jabatan dan agensi di Sabah, Sarawak

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan sejumlah RM285 juta untuk disalurkan ke jabatan serta agensi dibawah MAFI di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan yang disalurkan itu adalah bagi tujuan pelaksanaan kursus, latihan dan aktiviti yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan sektor agromakanan negara.

“Keseluruhan dana yang disalurkan kepada jabatan pelbagai agensi dibawah MAFI di Sabah adalah sebanyak RM135 juta manakala di Sarawak adalah sebanyak RM150 juta untuk tahun ini.

“Penyaluran dana ini adalah untuk sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan sektor agro makanan di negara khususnya di Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kota Kinabalu dan turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman diantara MARDI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Dr Ronald berkata, MARDI Sabah khususnya telah banyak memberi latihan kursus jangka pendek dan sederhana kepada anak tempatan negeri ini.

Katanya, MARDI Sabah telah melatih lebih 12,000 anak muda dan pengusaha-pengusaha tempatan sejak agensi itu mula dibuka di negeri ini.

“Mereka telah berjaya mengikuti Kursus-kursus Teknologi dan Latihan Amali di MARDI Sabah. MARDI juga telah berjaya memberi Khidmat Nasihat Teknikal dan Bimbingan Technopreneur kepada 50 usahawan pertanian dan asas tani setahun.

“Selain itu, skim agromuda yang turut disalurkan juga adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha meningkatkan perusahaan mereka,”katanya.

Terdahulu, MoU yang dilaksanakan itu adalah untuk mempertingkat penyelidikan dan inovasi antara UMS dan MARDI dalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui pertanian pintar, pembangunan dan aplikasi sistem pemantauan berimej untuk prestasi pertumbuhan tanaman dalam kilang tanaman.

Melalui MoU itu juga, MARDI dan UMS akan memantapkan aspek sains fundemental dan aplikasi dalam aktiviti R&D untuk menghasilkan teknologi bermutu dan berorientasikan industri.

Pemindahan teknologi ke UMS juga adalah untuk meningkatkan lebih banyak penglibatan pembangunan penyelidikan dalam pembelajaran dengan meningkatkan bilangan penyelidikan dan pembangunan berkualiti dalam bidang pertanian, meningkatkan penerbitan berimpak tinggi melalui penjanaan data saintifik yang terhasil.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular