HomeUtamaPastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika mengunjungi bazar Ramadan - Shahelmey

Pastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika mengunjungi bazar Ramadan – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan anak-anak ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan kawasan tumpuan ramai bagi mengelak berlaku jangkitan COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, selain itu, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan juga perlu terus dipatuhi.

“Hampir dua tahun kita tidak ada bazar Ramadan dan apabila kita berada di fasa peralihan ke endemik, banyak kelonggaran telah diberikan contohnya bazar Ramadan kini telah dibenarkan, maka perasaan gembira dikalangan rakyat itu nyata sekali.

“Namun saya ingin menasihatkan agar ibu bapa untuk terus menjaga SOP dan keselamatan anak-anak ketika berkunjung ke lokasi tumpuan ramai contohnya bazar Ramadan dan pusat membeli belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ukhwah Ramadan 2022 bersama NGOs wanita anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah; SWISE dan Adabi di Wisma Wanita disini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki dan Flovia Ng.

Sementara itu, Shahelmey berkata, pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 kepada individu yang layak menerima masih diteruskan selain Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut dibuka di semua fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Justeru itu kita masih galakkan orang ramai yang belum menerima vaksin khususnya golongan warga emas dan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Begitu juga kepada mereka yang masih belum mendapat dos penggalak adalah turut disarankan untuk datang ke PPV yang disediakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya