HomeIsu tempatanDapur HEP UiTM Sabah bantu ringan beban pelajar kurang berkemampuan

Dapur HEP UiTM Sabah bantu ringan beban pelajar kurang berkemampuan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Pelaksanaan Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah dilihat dapat membantu dan meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan serta golongan B40 di universiti berkenaan.

Dapur HEP UiTM Sabah itu turut mendapat pujian dari UMNO Sabah Kota Kinabalu yang turut tampil menyantuni pelajar asrama universiti itu semalam dengan menyumbangan juadah berbuka puasa dan buah kurma sempena bulan Ramadan.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, sumbangan yang diagihkan itu merupakan salah satu akiviti amal yang dirancang dilaksanakan sempena bulan Ramadan pada tahun ini.

“Kita amat memahami ada diantara mereka (pelajar) sukar untuk keluar membeli makanan, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa yang sudah pasti letih balik dari kuliah.

“Selain itu, mungkin juga ada pelajar yang habis kuliah lewat dan tidak sempat untuk membeli juadah berbuka.  Justeru itu, kami berpeluang untuk berkongsi rezeki kepada pelajar UiTM Sabah yang berada di kampus ini,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Musliati berkata, pihaknya turut memuji tindakan UiTM Sabah yang mewujudkan Dapur HEP yang dapat membantu para pelajar di kampus yang memerlukan bantuan.

“Saya difahamkan hampir 60 peratus pelajar di kampus ini adalah terdiri dari golongan keluarga B40 dan Dapur HEP ini dilihat amat bertepatan sekali untuk membantu pelajar memerlukan.

“Selain itu, kita juga telah merancang untuk mengadakan program bersama pihak UiTM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk melaksanakan aktiviti di bulan Ramadan iaitu bagi menyantuni keseluruhan pelajar yang ada di kampus,” katanya.

UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu menyampaikan sumbangan berupa makanan dan kurma kepada 300 orang siswa dan siswi yang berada kampus di UiTM Sabah.

Sumbangan itu diterima Pengurus Kanan Asrama M.Amran Pardi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular