Cubaan Seludup Minyak Masak Ke Negara Jiran, Gagal

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya gagalkan cubaan sebuah jongkong menyeludup minyak masak ke negara jiran di Kawasan perairan Log Pond, dekat sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah berjaya menahan sebuah jongkong yang dijuragani oleh seorang lelaki tempatan yang membawa minyak masak tanpa permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Hasil pemeriksaan menjumpai beberapa kotak minyak masak dan juragan seorang lelaki dewasa berumur 52 tahun gagal menunjukkan surat kebenaran untuk membawa minyak masak tersebut.

“Nilai rampasan termasuk sebuah jongkong dianggarkan sebanyak RM48,400.00. Tangkapan dan rampasan diserah kepada KPDNHEP Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 196,” kata Ridzauddin menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin W4 Sabah.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah melalui nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *