HomeUtamaOps bersepadu mampu banteras kehadiran gelandangan, pengemis jalanan

Ops bersepadu mampu banteras kehadiran gelandangan, pengemis jalanan

Read Time:1 Minute, 25 Second

PUTATAN : Pelaksanaan operasi bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan khususnya di Sabah mampu untuk membanteras kehadiran golongan gelandangan atau pengemis jalanan di beberapa kawasan tumpuan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata,  ia menerusi kerjasama antara jabatan dan agensi yang berkaitan di dalam sesebuah daerah atau bandar yang terlibat.

“Untuk melaksanakan operasi membanteras gelandangan ataupun pengemis jalanan ini, ia memerlukan satu operasi bersepadu di antara jabatan dan agensi yang berkaitan di dalam sesebuah daerah ataupun bandar.

“Contohnya di Putatan ini, maka Majlis Daerah Putatan akan bertanggungjawab untuk mengetuai operasi tersebut dan akan dibantu oleh pihak polis, Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai jabatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kempen Bijak Membantu Elak Tertipu peringkat negeri Sabah di perkarangan Bazar Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata,kehadiran gelandangan atau pengemis jalanan ini kembali dikesan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu termasuk daerah ini selepas banyak kelonggaran prosedur standard operasi (SOP) diberikan batu-baru ini.

“Apa yang kita dimaklumkan bahawa majority pengemis ini adalah bukan daripada warganegara, mereka adalah daripada kaum Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Kita telah meminta pihak-pihak berkuasa tempatan untuk melihat perkara ini bagaimana untuk menanganinya,” katanya.

Terdahulu, Shahelmey berkata, kempen yang dilaksanakan itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai cara tepat untuk menyalurkan bantuan kepada golongan sasar.

“Ini adalah untuk mengelak orang ramai yang bermurah hati, ingin membantu golongan yang memerlukan daripada tertipu oleh sindiket-sindiket yang tidak bertanggungjawab.

“Jadi kita menyeru orang ramai untuk menyedari kempen bijak membantu elak tertipu.  Salurkan bantuan anda melalui saluran yang betul seperti institusi atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan bagi mematikan bantuan anda sampai kepada golongan sasar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina terima bantuan kewangan dari ADUN Sugut untuk lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular